Sunday, 19 February 2012

Perjumpaan Pertama PKM Teach Malaysia Teach



18 Februari 2012, tarikh dimana perjumpaan kedua antara peserta-peserta Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach (PKMTMT) bersama para sukarelawan telah diadakan.  Perjumpaan tersebut telah diadakan di sekolah-sekolah  yang terlibat. Masa yang diluangkan selama 4 jam terasa begitu pantas berlalu. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya bersama para peserta PKMTMT.

Antara sesi yang dijalankan selaras di semua sekolah ialah sesi memperkenalkan para sukarelawan yang akan menjadi fasilitator kepada adik-adik peserta PKMTMT.  Seterusnya ialah sesi refreshment. Para peserta kelihatan begitu teruja ketika sama-sama melakukan refreshment bersama para sukarelawan. Terdapat sesetengah peserta yang memberanikan diri untuk tampil ke hadapan melakukan refreshment bersama para fasilitator. Seterusnya, fasilitator mengambil sedikit masa untuk mendapatkan profil pelajar yang bertujuan untuk lebih mengenali personaliti dan juga latar belakang para peserta.

Aktiviti hari itu diteruskan lagi dengan pelaksanaan modul yang telah disediakan oleh pihak PKKS. Para fasilitator membimbing peserta-peserta menyempurnakan workbook  untuk Module 1 : Filial Piety. Antara  topik yang dilaksanakan ialah My Portfolio dan Family Tree. My Portfolio membantu peserta lebih mengenali dan memahami diri mereka. Para fasilitator membimbing mereka dalam menetapkan cita-cita dan menguruskan aktiviti harian di rumah. My Portfolio ini memerlukan para peserta melengkapkan butiran diri mereka dalam bahasa Inggeris. Manakala melalui aktiviti creating Family Tree, peserta perlu menyenaraikan ahli keluarga mereka yang terdiri daripada ayah, ibu dan adik beradik. Peserta diminta untuk menyenaraikan juga tarikh lahir setiap ahli keluarga. Aktiviti ini membantu peserta untuk lebih mengenali keluarga mereka disamping mengeratkan hubungan. Para fasilitator membimbing peserta untuk menyiapkan family tree masing-masing.

Semasa aktiviti makan bersama-sama, nilai-nilai In-Smartive diterapkan kepada para peserta. Mereka dikehendaki memberikan 3 suapan pertama kepada rakan disebelah kanan dan kiri. Ada peserta yang malu-malu untuk menyuapkan rakan mereka. Ada juga yang teruja dan menyuapkan para fasilitator. Berdasarkan pemerhatian terhdapat ketujuh-tujuh buah sekolah, secara kesuluruhan, para peserta masih agak pasif. Namun, dengan inisiatif yang diambil oleh kelab In-Smartive UMP, InsyaAllah adik-adik peserta yang pasif ini mampu berubah kearah lebih berkeyakinan dan berupaya menonjolkan kelebihan diri masing-masing.

0 comments:

Post a Comment