Friday 10 February 2012

Grand Training Of Trainers

Pada 7-10 Februari 2012,sebuah lagi ‘Training of Trainers’ (TOT) telah dilaksanakan untuk sukarelawan Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach (PKMTMT). Dibawah kelolaan saudara Ahmad Zarif bin Ahmad Fauzi , TOT selama 4 hari ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Pada 7 Februari 2012 aktiviti dimulakan dengan interactive games di gelanggang futsal Kolej Kediaman 5 (KK5) Universiti Malaysia Pahang, Pekan pada jam 7.45 pagi sehingga 10.00 pagi. Permainan seperti bola tampar,bola jaring, ‘kavadi’ dan tuju kasut telah dijalankan. Seterusnya, sukarelawan berkumpul di Dewan Peperiksaan Mekanikal(DPM) pada jam 11.00 pagi sehingga jam 1.00 petang untuk aktiviti Pengucapan Awam. Aktiviti ini bertujuan untuk membina keyakinan para sukarelawan untuk bercakap dihadapan sebagai seorang fasilitator. Aktiviti seterusnya sesi refreshment bersama sukarelawan. Sesi refreshment melatih para sukarelawan untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bersama peserta di sekolah mereka disamping mengeratkan hubungan sesama sukarelawan.  Malam tersebut telah diadakan perjumpaan bersama penasihat kelab In-Smartive, Encik Wan Nazrul Helmy bin Mohd Zain bersama sukarelawan


Rutin pada hari kedua pula diteruskan dengan aktiviti yang sama seperti hari pertama iaitu interactive games dan pengucapan awam. Pada sebelah petang telah diadakan aktiviti explorace. Sukarelawan telah dibahagikan kepada 6 buah kumpulan. Terdapat 6 checkpoint yang perlu diselesaikan oleh para sukarelawan.  Aktiviti explorace ini telah dapat membina hubungan erat di kalangan sukarelawan dan seterusnya memupuk sikap kerjasama berpasukan In-Smartive.  Seterusnya, pada malam tersebut telah diadakan sesi pembahagian tugas bagi pelancaran PKMTMT. Semua sukarelawan terlibat secara langsung dalam menjayakan Majlis Pelancaran PKMTMT yang akan berlangsung pada 11 Februari 2012.

Pada 9 Februari 2012, aktiviti dimulakan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) I dan II pada pukul 8.00pagi sehingga 1.00petang. Semasa sesi LDK, sukarelawan dibahagikan kepada kumpulan mengikut sekolah yang telah ditetapkan iaitu SK Indera Shahbandar, SK Ahmad, SK Langgar, SK Seri Biram, SK Seri Terentang, SJK(C ) Pekan, SJK (C ) Yoke Hwa. Sukarelawan diberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan bersama peserta oleh penyelaras sekolah masing-masing yang terdiri daripada kalangan sukarelawan. Beberapa sesi permainan turut dijalankan untuk lebih mengenali sukarelawan.  Pada pukul 5.00petang, aktiviti sukaneka telah dijalankan di Arena Pusat Pelajar UMP Pekan. Terdapat beberapa permainan yang disediakan yang berobjektif untuk membina semangat kerjasama dalam berkumpulan, merancang strategi di samping hubungan baik sesama sukarelawan.  Pada malam tersebut telah dianjurkan malam kebudayaan. Setiap kumpulan telah diberikan tajuk untuk mempamerkan kreativiti mereka dalam lakonan, tarian ataupun nyanyian. Antara tajuk-tajuk yang diberikan ialah Geng Surau, Hitam Putih, Cinta Monyet, Loghat Kita Bahasa Kita, Fairytale, dan Kampung atau Bandar. Kumpulan 1 yang membawa tajuk Geng Surau telah dipilih sebagai pemenang untuk malam kebudayaan oleh juri yang diketuai oleh penasihat In-Smartive sendiri.

Pada hari terakhir TOT, wakil Persatuan Kemajuan dan Kebajikan Sosial Pulau Pinang (PKKS) iaitu Puan Elia Mastura telah hadir ke UMP Pekan untuk berjumpa dengan para sukarelawan. Beliau telah menyampaikan penerangan yang lebih mendalam mengenai pelaksanaan modul dengan lebih perinci kepada para sukarelawan.disamping memberikan kata-kata semangat. Beliau turut menjalankan sesi membina modul kepada para sukarelawan. Melalui aktiviti ini, sukarelawan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai aktiviti yang akan dilakukan bersama peserta kelak. Pada waktu petang pula, susun atur perabot dan raptai dilaksanakan. Sesi malam diteruskan lagi dengan raptai penuh bersama penasihat kelab.

3 comments:

admin.. y not..letak banyak gmbo g.. msti ase bez..sbub mostly org xbca sgt esay2 tuh..lain la kalo caption bwah gmbo, ha..msti org bca pya..

so suggestionnye..
❃ letak je tajuk n trus boh gmbo..
❃ letak tajuk, n letak gmbo ikot susunan xtiviti, xpn cntoh dlm shari ade byak xtvt..ha, so letak je gmbo2 xtvti tuh..btrabur pn xpe..yg pntingnya, readers tawu ape xtvti yg djalankan..week1, week2..even pjmpaan je pun xpe..

lets the pictures speak for themselves ツ
-sye ska tgk gmbo kwan2 n adek2 sye.. huhu =)

Terima kasih atas cadangan tersebut. (Mcm kenal je sape ni... hehe...)

dekat gallery ade byk lagi pic lau nk tgk.~

Post a Comment