Majlis Pelancaran

11 Februari 2012

Barisan Sukarelawan

Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Jawatankuasa Induk

Taklimat PKKS

Sunday 21 October 2012

PERJUMPAAN KE-11 PKM TEACH MALAYSIA TEACH




Pada 20 Oktober 2012, hari yang indah ini diserikan dengan Hari Kebudayaan PKM Teach Malaysia Teach yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan membina keyakinan para peserta  melalui persembahan di khalayak. Perjumpaan kali ini bertempat di Auditorium Perpustakaan UMP kampus Pekan. Peserta diberikan pilihan untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam pelbagai medium tersendiri tanpa sebarang tema yang ditetapkan.


Pada sesi sebelah pagi, peserta telah diperuntukkan masa untuk berlatih sebelum persembahan sebenar bermula. Para peserta telah diberikan masa selama 1 jam untuk berlatih bersama fasilitator masing-masing bagi menperkemaskan persembahan yang akan dilakukan selepas rehat nanti. Pelbagai ragam dan reaksi peserta dapat dilihat pada sesi ini.  Ada antara mereka yang berasa gementar untuk melakukan persembahan di atas pentas kerana tidak pernah merasai pengalaman melakukan persembahan di khalayak. Para fasilitator juga turut membantu mereka yang kurang berkeyakinan untuk melakukan persembahan dengan memberi kata-kata semangat. Tepat pukul 10.30 pagi, makanan mula diedarkan untuk makan pagi.

Persembahan bermula tepat jam 11.00 pagi yang dipengerusikan oleh saudari Ummu. Antara persembahan yang dilakukan peserta ialah menari, menyanyi, berlakon, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Selama 1 jam 30 minit berlangsung, tujuh persembahan telah dipersembahkan mewakili setiap sekolah. Puan Elia (wakil PKKS) dan Dato’ Ibrahim Yaakob (wakil persatuan guru-guru pesara) hadir dan mengadili persembahan-persembahan tersebut. Jelas terpancar keriangan di wajah kepada pemenang-pemenang Hari Kebudayaan PKM Teach Malaysia Teach. Secara keseluruhan, perjumpaan kali ini dilihat berjaya mencapai objektif yang ingin menggalakkan peserta untuk membina keyakinan diri seterusnya berani tampil ke hadapan menonjolkan bakat masing-masing.

Sunday 7 October 2012

PERJUMPAAN KE-10 PKM TEACH MALAYSIA TEACH




Bertarikh 6 Oktober 2012, perjumpaan kali ke-9 untuk Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach telah diadakan di sekolah masing-masing. Program kali ini seperti biasa dimulakan dengan senaman pagi oleh fasilitator yang telah ditugaskan secara bergilir-gilir untuk melaksanakan slot ini. Pada minggu ini, modul ‘TIME MANAGEMENT’ telah dilaksanakan oleh fasilitator. Setiap sekolah melaksanakan pelbagai aktiviti yang berbeza bagi mencapai objektif modul tersebut.

Permainan “Twist Clock!!”  telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Langgar di mana peserta diberi penerangan serba sedikit tentang penggunaan masa dan pentingnya kehidupan yang berjadual. Kemudian mereka telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap peserta diberikan dua keping pinggan kertas dan satu klip kertas untuk dibuat jam. Setiap pecahan jam akan dibahagikan kepada urusan harian seperti ke sekolah, rehat, riadah dan sebagainya. Objektif bagi modul ini ialah untuk mendedahkan kepada peserta bagaimana untuk mengatur masa dalam kehidupan seharian. Selain itu, terdapat juga peserta diberikan pendedahan bagaimana hendak mengurus masa dengan betul.

Peserta telah diberikan sehelai kertas dan menulis aktiviti yang mereka lakukan sepanjang hari. Dari situ, fasilitator dapat memberikan pandangan dan idea kepada peserta dalam melengkapkan jadual mereka yang kosong. Selesai perlaksanaan modul, para peserta diberikan rehat dan makan pagi. Selain itu, sebuah buku nota kecil iaitu “Punctual Book” diberikan yang telah dilengkapi dengan senarai solat wajib. Para peserta perlu menandakan buku tersebut sama ada telah melaksanakan solat atau pun tidak. Objektif bagi modul ini adalah untuk memastikan para peserta tidak meninggalkan solat. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan persediaan untuk hari kebudayaan yang bakal diadakan di Auditorium Perpustakaan UMP kampus Pekan. Fasilitator membimbing para  peserta dalam merangka persembahan yang akan dilaksanakan pada 20 Oktober 2012 nanti. Program tamat pada jam 12.15 tengah hari.