Majlis Pelancaran

11 Februari 2012

Barisan Sukarelawan

Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Jawatankuasa Induk

Taklimat PKKS

Sunday 22 April 2012

PERJUMPAAN KE-6 PKM TEACH MALAYSIA TEACH



Bertarikh 21 April 2012, perjumpaan ke-enam Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach (PKMTMT) telah dijalankan. Masih berpandukan modul  ‘Green at Heart’, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di sekolah-sekolah yang terlibat. Sedikit mendukacitakan apabila 2 buah sekolah iaitu SK Seri Biram dan SJK (C) Pekan tidak dapat menyertai perjumpaan kali ini. Hal ini kerana terdapat hari ganti persekolahan di sekolah tersebut pada minggu ini. Namun, berbekalkan semangat yang tinggi, para sukarelawan daripada kedua-dua buah sekolah tersebut telah menyumbang tenaga mereka di 5 buah sekolah yang lain. 

Pada perjumpaan yang lepas telah menyaksikan beberapa aktiviti yang bertemakan pencemaran alam sekitar. Justeru, bagi perjumpaan kali ini para sukarelawan menggunakan pendekatan mengenai kitar semula. Aktiviti yang dijalankan berkonsepkan interaktif dimana peserta dikehendaki mencari sampah di sekitar kawasan sekolah dan mengasingkannya samada boleh dikitar semula ataupun tidak.  Seterusnya mereka dikehendaki mengasingkannya mengikut kategori yang disediakan. Aktiviti ini mendedahkan para peserta kepada cara-cara yang betul untuk mengitar semula disamping memberi  kesedaran kepada mereka untuk menjaga alam sekitar. Sedikit kelainan di SK Ahmad, para fasilitator  telah membuat mini eksperimen bagi membuktikan bahawa tumbuh-tumbuhan mengeluarkan oksigen. Aktiviti ini memberi kesedaran kepada para peserta untuk lebih menghargai tumbuh-tumbuhan kerana ia membekalkan oksigen kepada manusia.

Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah ‘Word Search’, ‘Icy Games’ dan ‘Oh my Flour’. Aktiviti-aktiviti ini membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris melalui permainan interaktif.  Sebelum mengakhiri perjumpaan kali ini, fasilitator di SK Indera Shahbandar dan SJK (C) Yoke Hwa telah menayangkan tayangan video pendek mengenai alam sekitar yang bertajuk ‘Mina’s Village and the Forest’. Perjumpaan kali ini telah menunjukkan peningkatan dan perkembangan yang positif daripada para peserta dimana mereka sudah tidak lagi kekok melakukan aktiviti bersama para fasilitator. Keceriaan juga jelas terpancar di raut wajah mereka apabila menyambut kedatangan fasilitator ke sekolah mereka. 


Sunday 15 April 2012

Perjumpaan Ke-5 PKM Teach Malaysia Teach



14 April 2012 menyaksikan satu lagi perjumpaan Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach (PKMTMT) yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan.  Perjumpaan minggu ini berpaksikan modul ‘Green at Heart’. Modul ini bertujuan untuk menyedarkan para peserta mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam semula jadi. Untuk modul ini, para fasilitator telah membuka sebanyak 7 buah booth pameran di sekitar lobi bangunan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan juga dalam Dewan Peperiksaan Mekanikal (DPM). Booth tersebut dikendalikan oleh para sukarelawan sendiri. Ketujuh-tujuh buah booth ini bertemakan pencemaran alam sekitar. Antara pencemaran yang diketengahkan ialah pencemaran udara, pencemaran bau, pencemaran air, pencemaran bunyi, pencemaran sungai, kejadian tanah runtuh dan pembakaran terbuka.

Sunday 1 April 2012

Perjumpaan Ke-4 PKM Teach Malaysia Teach

Satu lagi perjumpaan bersama peserta PKM Teach Malaysia Teach (PKMTMT) telah diadakan pada penghujung  bulan Mac iaitu 31hb Mac 2012. Perjumpaan kali ini berpaksikan modul 2 : Dare To Be You. Objektif modul ini adalah bagi membantu peserta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri seterusnya memperbaiki kelemahan diri.

Antara aktiviti selaras yang dilaksanakan di setiap sekolah ialah ‘Tell Me More’.  Menerusi aktiviti ini, pelajar diberikan beberapa kad yang mengandungi kelemahan serta kekuatan. Peserta dikehendaki membezakan kad yang mengandungi kekuatan dengan kad yang mengandungi kelemahan. Seterusnya mereka dikehendaki menceritakan kisah di sebalik kad yang mereka pilih dalam bahasa Inggeris sambil dibantu para fasilitator. Aktiviti ini secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan peserta untuk berbahasa Inggeris.  Peserta turut diberikan pendedahan oleh para fasilitator mengenai kelemahan serta kekuatan diri serta cara untuk memperbaiki kelemahan diri.

Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan ialah ‘Crossword Puzzle’,  ‘ My Idol’,  ‘ Same as Me’ dan juga ‘Explore Yourself’. Melalui modul ‘Explore Yourself’ yang dijalankan di SK Ahmad dan SK Indera Shahbandar, peserta di dedahkan dengan aktiviti-aktiviti berunsurkan pendidikan dalam permainan. Beberapa checkpoint telah disediakan. Antara aktiviti-aktiviti di checkpoint tersebut ialah mengira, mengeja dan juga refreshment.  Peserta di SJK (C) Pekan pula diberikan tontonan filem ‘Happy Feet 2’ dan diakhiri dengan ulasan para fasilitator mengenai pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam filem tersebut.  Fasilitator-fasilitator di SK Seri Biram telah memperkenalkan permainan ‘Bukit yang Cantik’ kepada para peserta. Permainan ini menguji kepekaan serta kepantasan peserta. Mereka perlu menyanyikan lagu sambil membuat gaya yang ditetapkan oleh  para fasilitator.

Seterusnya aktiviti  wajib di setiap perjumpaan yang dinanti-nantikan oleh peserta iaitu sesi refreshment.  Peserta menunjukkan peningkatan keyakinan serta semangat ketika sesi refreshment. Mereka juga sudah mula menghafal pergerakkan-pergerakkan untuk setiap refreshment.  Penggunaan Junior Engineer Kit turut dimanfaatkan untuk perjumpaan kali ini dibeberapa buah sekolah.  Perjumpaan kali ini telah berjaya menyempurnakan modul 2 : Dare to be You dan diharapkan dapat memberi input yang berguna  kepada peserta PKMTMT.