Monday, 28 November 2011

Kem Latihan 'Training of Trainers'

KEM LATIHAN SUKARELAWAN PKM TEACH MALAYSIA TEACH.

Pada 27 November 2011 tepat jam 6.00 pagi, para sukarelawan telah berkumpul di hentian bas UMP kampus Pekan. Hujan renyai-renyai pula pada pagi itu. Dua buah bas telah disediakan dan pada 6.30 pagi sebuah bas bertolak ke UMP kampus Gambang untuk mengambil fasilitator yang terdiri daripada Majlis Tertinggi Kelab dan Exco. Manakala sebuah bas lagi bergerak terus menuju ke Agro Semuji Resort pada jam 7.00 pagi.

Pada jam 8.15 pagi, para sukarelawan dan fasilitator telah sampai di Agro Semuji Resort. Wakil dari sukarelawan melakukan daftar-masuk di kaunter sebelum menikmati sarapan pagi nasi lemak, bihun goreng , dan kuih-muih berserta minuman kopi O dan teh O. Pada jam 9.00 pagi, Encik Wan Nazrul Helmy bin Wan Zain (Abg. Wan) selaku penasihat kelab memberikan sedikit ucapan dan memaklumkan beberapa perkara seperti:

•  Ucapan tahniah kepada sukarelawan yang berani menyahut cabaran
•  Memaklumkan bakal kehadiran Naib Canselor, Dato Ibrahim Ya’akob, dan En Zailani.
•  Modus Operandi TMT
• Mengumumkan sekolah-sekolah rendah yang terlibat dan jumlah kanak-kanak yang terpilih menyertai program TMT
•  Menerangkan aktiviti-aktiviti sepanjang program TMT dengan lebih mendalam

Selesai taklimat dari penasihat kelab, para sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Seterusnya, aktiviti suai-kenal dijalankan bagi memecahkan ‘tembok sempadan’ antara sukarelawan agar mereka lebih saling mengenali. Sebanyak 7 dibentuk daripada 6-8 orang sukarelawan. Pelbagai permainan telah dilaksanakn untuk menaikkan semangat dan kerancak suasana. Antara permainannya ialah mencari orang yang sama saiz kasut, sama ukuran pinggang dan lain-lain lagi.

Seterusnya, Modul Latihan 1 iaitu Pemikiran Kreatif dimulakan. Dalam modul ini, para sukarelawan dikehendaki untuk mencipta satu aktiviti yang bakal digunakan semasa pelaksanaan projek bersama para sukarelawan. Setiap kumpulan telah diberikan objektif yang tersendiri seperti memupuk semangat muhibah antara kaum dan pengendalian masa individu. Masa yang diberikan hanya 30 minit. Para sukarelawan perlu mengeluarkan idea-idea baru sesuai dengan objektif masing-masing. Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki membentangk idea-idea mereka dihadapan kumpulan-kumpulan yang lain sambil diperhatikan oleh abang wan.

Sukarelawan berbincang dalam kumpulan.

Sesudah pembentangan oleh setiap kumpulan, para sukarelawan disajikan pula dengan hidangan tengah hari di dewan makan. Sajian yang disediakan sangat enak iaitu nasi putih bersama ayam panggang BBQ dan masak lemak rebung. Sedap hingga menjilat jari para sukarelawan kerana sajian yang begitu enak. Azan zohor berkumandang lntas para sukarelawan solat berjemaah di surau diikuti tazkirah Zohor.

Pada jam 2.00 petang, Modul Latihan 2  yang bertajuk Refreshment bersama Alumni dimulakan. Dalam modul latihan ini, setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu aktiviti pemangkin atau ‘refreshment’. Setiap kumpulan diadili dengan permainan “oosom” antara ketua kumpulan dengan abang Hadi. Kumpulan yang menang berhak memilih nombor yang disukai dengan persetujuan ahli yang lain. Kumpulan yang bertuah akan diberikn muzik manakala kumpulan yang tidak diberikan pula perlu memikirkan gaya tersendiri. Hanya 20 minit diberikan pada setiap kumpulan untuk mencipta gaya mengikut kreativiti dan rentak lagu masing-masing. Setelah tamat tempoh masa yang diberikan, setiap kumpulan mempersembahkan refreshment yang telah dicipta oleh mereka. Komen-komen diberikan kepada setiap kumpulan bagi memperbaiki refreshment mereka oleh abang Taqi. Seterusnya, para sukarelawan menunaikan solat asar berjemaah diikuti tazkirah asar oleh abang Taqi sendiri.

Jam 5.00 petang, sukarelawan didedahkan dengan permainan yang disediakan oleh fasilitator seperti mengenali sahabat dan permainan proposed, married, divorced. Sukarelawan berlainan jantina dipasangkan dan melakukan aksi proposed,married dan divorced antara satu sama lain. Refreshment lagu Gemuruh dimainkan dan sukarelawan berdansa megikut rentak baru lagu tersebut.

Pada jam 6.15 petang, sukarelawan bersiap sedia menanti ketibaan Naib Canselor Prof. Dr. Dato Daeng Ibrahim Nasir untuk sesi fotografi. Sukarelawan disusun megikut ketinggian dan juru kamera kami abang Najib memainkan peranan penting dalam memastikan sukarelawan bersedia untuk sesi ini.

Tepat jam 6.30 petang, Naib Canselor tiba bersama isteri. Sesi bergambar bermula sebaik sahaja semua telah bersedia. Selepas itu, sukarelawan berpeluang menjamu selera bersama Naib Canselor dengan disajikan ikan patin masak tempoyak ,kerabu kacang botol, pencuci mulut serta minuman kopi o dan teh o. Sesudah menjamu selera, sukarelawan solat maghrib yang diimamkan oleh Naib Canselor di surau resort. Seterusnya, sukarelawan berkumpul di dewan dan mendengar amanat, pandangan serta harapan daripada Naib Canselor tentang program Teach Malaysia Teach.

Amanat oleh Naib Canselor

Jam 8.30 malam, sukarelawan mengiringi kepulangan Naib Canselor dan isteri. Selepas itu. para sukarelwan bergerak ke surau untuk solat Isyak secara berjemaah dan kembali semula ke dewan untuk sesi seterusnya. Sementara menunggu Abang Lau, Abang Taqi telah memberi tips untuk mengatasi kerenah kanak-kanak. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau menangani kerenah kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Kemudian, sesi debat umum antara siswa dan siswi yang diadili oleh abang Taqi setibanya Abang Lau. Pelbagai situasi dan solusi telah diterangkan supaya sukarelawan bersedia menggalas tanggungjawab mereka nanti. Semoga dapat diaplikasikan nanti oleh sukarelawan.. InsyaALLAH.. jam 10.15 malam, sukarelawan menikmati hidangan lewat malam.

Sekembali ke dewan, sukarelawan ditayangkan potongan monvie “King Speech” untuk memberikan gambaran kepada para sukarelawan akan Modul yang seterusnya iaitu pengucapan awam. Sukarelawan dicabar ke depan utntuk berucap dan sesiapa bertahan selama 3 minit akan menang cabaran ini. Tetapi hujah mereka akan dibidas oleh penonton. Disini sukarelawan harus bijak menangani masalah yang tibul. Sebelum malam melabuhkan tirai, nasihat dari Abang Lau untuk membaca buku-buku ilmiah dan yang paling penting jangan tinggal solat katanya.. Jam 11.00 malam sukarelawan bersurai untuk tidur.

Hari ke-2:

Jam 4.30 pagi, para sukarelawan dikejutkan dari lena untuk aktiviti bangun malam atau ‘Qiamullail’ diikuti solat subuh berjemaah dan tazkirah subuh. Selasai solat subuh, sukarelawan diarahkan berkumpul di dewan jam 6.45 pagi bagi senamrobik yang diketuai oleh abang Hadi menggunakan lagu-lagu koleksi Korea beliau. Bersama abang Hadi ditemani fasilitator yang lain antaranya kak amy, kak azie, abang Zack, kak umi dan yang paling ‘macho’ sekali abang Jamil. Selepas itu, sukarelawan menjamu sarapan pagi mereka di dewan makan.

Pada jam 8.30 pagi, Forum bersama Dato Haji Ibrahim Ya’akob dan Encik Zailani berlangsung. Forum ini berkisarkan realiti sebenar isu pendidikan terutamanya  di daerah Pekan. Antara perkara yang ditegaskan dalam forum ini ialah sifat Ikhlas amat penting dalam melaksanakan aktiviti ini. Beliau juga menegaskan amalan rohaniah juga perlu dijaga supaya melahirkan hati yang mulia. Selesai menerangkan pengalaman beliau dalam alam pendidikan, sesi soal jawab bermula sebelum para tetamu diiring ke dewan makan untuk menjamu selera.

Jam 11.00 pagi, sukarelawan dibenarkan untuk melawat kawasan sekitar Agro Semuji Resort. Banyak kemudahan disediakan oleh pihak resort untuk pelanggan seperti tempat berkayak dan rumah rehat. Selain itu, Agro Semuji Resort juga mempunyai beberapa kawasan mempelihara haiwan seperti rusa, arnab dan burung unta. Para sukarelawan berkesempatan bermain dengan haiwan-haiwan disitu. Ada yang bergambar, berpeluang memberi burung unta makan dan membelai rusa-rusa yang jinak disitu. Oleh kerana cuaca tidak mengizinkan, sukarelawan kembali semula ke dewan untuk sesi Resolusi. Dalam sesi ini sukarelawan diberi berpeluang memberi pendapat atau ulasan mengenai perjalanan kem. Ulasan mengenai apa yang diperolehi dari kem ini dan menceritakn pengalaman sepanjang berada di Agro Semuji Resort.

Selesai sesi Resolusi, sukarelawan menjamah hidangan tengah hari dan kemudiannya bersiap sedia untuk pulang serta mendirikan solat zuhor secara berjemaah.Tepat jam 2.30 petang bas bertolak pulang ke UMP.


Kenangan bersama...

0 comments:

Post a Comment