Bertarikh 6 Oktober 2012, perjumpaan kali ke-9 untuk Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach telah diadakan di sekolah masing-masing. Program kali ini seperti biasa dimulakan dengan senaman pagi oleh fasilitator yang telah ditugaskan secara bergilir-gilir untuk melaksanakan slot ini. Pada minggu ini, modul ‘TIME MANAGEMENT’ telah dilaksanakan oleh fasilitator. Setiap sekolah melaksanakan pelbagai aktiviti yang berbeza bagi mencapai objektif modul tersebut.
Permainan “Twist Clock!!” telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Langgar di mana peserta diberi penerangan serba sedikit tentang penggunaan masa dan pentingnya kehidupan yang berjadual. Kemudian mereka telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap peserta diberikan dua keping pinggan kertas dan satu klip kertas untuk dibuat jam. Setiap pecahan jam akan dibahagikan kepada urusan harian seperti ke sekolah, rehat, riadah dan sebagainya. Objektif bagi modul ini ialah untuk mendedahkan kepada peserta bagaimana untuk mengatur masa dalam kehidupan seharian. Selain itu, terdapat juga peserta diberikan pendedahan bagaimana hendak mengurus masa dengan betul.
Peserta telah diberikan sehelai kertas dan menulis aktiviti yang mereka lakukan sepanjang hari. Dari situ, fasilitator dapat memberikan pandangan dan idea kepada peserta dalam melengkapkan jadual mereka yang kosong. Selesai perlaksanaan modul, para peserta diberikan rehat dan makan pagi. Selain itu, sebuah buku nota kecil iaitu “Punctual Book” diberikan yang telah dilengkapi dengan senarai solat wajib. Para peserta perlu menandakan buku tersebut sama ada telah melaksanakan solat atau pun tidak. Objektif bagi modul ini adalah untuk memastikan para peserta tidak meninggalkan solat. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan persediaan untuk hari kebudayaan yang bakal diadakan di Auditorium Perpustakaan UMP kampus Pekan. Fasilitator membimbing para peserta dalam merangka persembahan yang akan dilaksanakan pada 20 Oktober 2012 nanti. Program tamat pada jam 12.15 tengah hari.
0 comments:
Post a Comment