Sunday, 21 October 2012

PERJUMPAAN KE-11 PKM TEACH MALAYSIA TEACH




Pada 20 Oktober 2012, hari yang indah ini diserikan dengan Hari Kebudayaan PKM Teach Malaysia Teach yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan membina keyakinan para peserta  melalui persembahan di khalayak. Perjumpaan kali ini bertempat di Auditorium Perpustakaan UMP kampus Pekan. Peserta diberikan pilihan untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam pelbagai medium tersendiri tanpa sebarang tema yang ditetapkan.


Pada sesi sebelah pagi, peserta telah diperuntukkan masa untuk berlatih sebelum persembahan sebenar bermula. Para peserta telah diberikan masa selama 1 jam untuk berlatih bersama fasilitator masing-masing bagi menperkemaskan persembahan yang akan dilakukan selepas rehat nanti. Pelbagai ragam dan reaksi peserta dapat dilihat pada sesi ini.  Ada antara mereka yang berasa gementar untuk melakukan persembahan di atas pentas kerana tidak pernah merasai pengalaman melakukan persembahan di khalayak. Para fasilitator juga turut membantu mereka yang kurang berkeyakinan untuk melakukan persembahan dengan memberi kata-kata semangat. Tepat pukul 10.30 pagi, makanan mula diedarkan untuk makan pagi.

Persembahan bermula tepat jam 11.00 pagi yang dipengerusikan oleh saudari Ummu. Antara persembahan yang dilakukan peserta ialah menari, menyanyi, berlakon, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Selama 1 jam 30 minit berlangsung, tujuh persembahan telah dipersembahkan mewakili setiap sekolah. Puan Elia (wakil PKKS) dan Dato’ Ibrahim Yaakob (wakil persatuan guru-guru pesara) hadir dan mengadili persembahan-persembahan tersebut. Jelas terpancar keriangan di wajah kepada pemenang-pemenang Hari Kebudayaan PKM Teach Malaysia Teach. Secara keseluruhan, perjumpaan kali ini dilihat berjaya mencapai objektif yang ingin menggalakkan peserta untuk membina keyakinan diri seterusnya berani tampil ke hadapan menonjolkan bakat masing-masing.

0 comments:

Post a Comment