Majlis Pelancaran

11 Februari 2012

Barisan Sukarelawan

Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Jawatankuasa Induk

Taklimat PKKS

Sunday 21 October 2012

PERJUMPAAN KE-11 PKM TEACH MALAYSIA TEACH




Pada 20 Oktober 2012, hari yang indah ini diserikan dengan Hari Kebudayaan PKM Teach Malaysia Teach yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan membina keyakinan para peserta  melalui persembahan di khalayak. Perjumpaan kali ini bertempat di Auditorium Perpustakaan UMP kampus Pekan. Peserta diberikan pilihan untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam pelbagai medium tersendiri tanpa sebarang tema yang ditetapkan.


Pada sesi sebelah pagi, peserta telah diperuntukkan masa untuk berlatih sebelum persembahan sebenar bermula. Para peserta telah diberikan masa selama 1 jam untuk berlatih bersama fasilitator masing-masing bagi menperkemaskan persembahan yang akan dilakukan selepas rehat nanti. Pelbagai ragam dan reaksi peserta dapat dilihat pada sesi ini.  Ada antara mereka yang berasa gementar untuk melakukan persembahan di atas pentas kerana tidak pernah merasai pengalaman melakukan persembahan di khalayak. Para fasilitator juga turut membantu mereka yang kurang berkeyakinan untuk melakukan persembahan dengan memberi kata-kata semangat. Tepat pukul 10.30 pagi, makanan mula diedarkan untuk makan pagi.

Persembahan bermula tepat jam 11.00 pagi yang dipengerusikan oleh saudari Ummu. Antara persembahan yang dilakukan peserta ialah menari, menyanyi, berlakon, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Selama 1 jam 30 minit berlangsung, tujuh persembahan telah dipersembahkan mewakili setiap sekolah. Puan Elia (wakil PKKS) dan Dato’ Ibrahim Yaakob (wakil persatuan guru-guru pesara) hadir dan mengadili persembahan-persembahan tersebut. Jelas terpancar keriangan di wajah kepada pemenang-pemenang Hari Kebudayaan PKM Teach Malaysia Teach. Secara keseluruhan, perjumpaan kali ini dilihat berjaya mencapai objektif yang ingin menggalakkan peserta untuk membina keyakinan diri seterusnya berani tampil ke hadapan menonjolkan bakat masing-masing.

Sunday 7 October 2012

PERJUMPAAN KE-10 PKM TEACH MALAYSIA TEACH




Bertarikh 6 Oktober 2012, perjumpaan kali ke-9 untuk Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach telah diadakan di sekolah masing-masing. Program kali ini seperti biasa dimulakan dengan senaman pagi oleh fasilitator yang telah ditugaskan secara bergilir-gilir untuk melaksanakan slot ini. Pada minggu ini, modul ‘TIME MANAGEMENT’ telah dilaksanakan oleh fasilitator. Setiap sekolah melaksanakan pelbagai aktiviti yang berbeza bagi mencapai objektif modul tersebut.

Permainan “Twist Clock!!”  telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Langgar di mana peserta diberi penerangan serba sedikit tentang penggunaan masa dan pentingnya kehidupan yang berjadual. Kemudian mereka telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap peserta diberikan dua keping pinggan kertas dan satu klip kertas untuk dibuat jam. Setiap pecahan jam akan dibahagikan kepada urusan harian seperti ke sekolah, rehat, riadah dan sebagainya. Objektif bagi modul ini ialah untuk mendedahkan kepada peserta bagaimana untuk mengatur masa dalam kehidupan seharian. Selain itu, terdapat juga peserta diberikan pendedahan bagaimana hendak mengurus masa dengan betul.

Peserta telah diberikan sehelai kertas dan menulis aktiviti yang mereka lakukan sepanjang hari. Dari situ, fasilitator dapat memberikan pandangan dan idea kepada peserta dalam melengkapkan jadual mereka yang kosong. Selesai perlaksanaan modul, para peserta diberikan rehat dan makan pagi. Selain itu, sebuah buku nota kecil iaitu “Punctual Book” diberikan yang telah dilengkapi dengan senarai solat wajib. Para peserta perlu menandakan buku tersebut sama ada telah melaksanakan solat atau pun tidak. Objektif bagi modul ini adalah untuk memastikan para peserta tidak meninggalkan solat. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan persediaan untuk hari kebudayaan yang bakal diadakan di Auditorium Perpustakaan UMP kampus Pekan. Fasilitator membimbing para  peserta dalam merangka persembahan yang akan dilaksanakan pada 20 Oktober 2012 nanti. Program tamat pada jam 12.15 tengah hari.

Sunday 16 September 2012

PERJUMPAAN KE-9 PKM TEACH MALAYSIA TEACH



Bertarikh 15 September 2012, perjumpaan ke-lapan Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach (PKMTMT) telah dijalankan. Dengan berpandukan modul ‘Study Technique’, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di sekolah-sekolah yang terlibat. Modul ini bertujuan memberi tunjuk ajar, teknik-teknik dan cara belajar yang berkesan. Modul ini secara tidak langsung membantu peserta-peserta yang bakal menjalani peperiksaan dalam masa yang terdekat.

 ‘Mind Mapping’ menjadi aktiviti selaras yang dijalankan di setiap sekolah untuk perjumpaan kali ini. Menerusi modul ini, para peserta diberikan petikan bahasa Inggeris dan perlu mengolah petikan tersebut menjadi peta minda. Para sukarelawan bertindak membimbing peserta langkah demi langkah untuk menghasilkan peta minda yang ringkas tetapi padat. Bagi melonjakkan semangat mereka, beberapa peta minda terbaik telah dipilih dan peserta diberikan ganjaran. Selain itu aktiviti ”making sentenses” turut dijalankan. Fasilitator memulakan aktiviti dengan menerangkan mengenai ”subject verb agreement ” . Melalui aktiviti ini, mereka juga diberi pendedahan untuk membina ayat dalam ”singular” and ”plural”. Aktiviti itu turut merangkumi pendedahan mengenai penggunaan ’past tense’ dan ’present tense’. Melihatkan kepentingan subjek Matematik dalam pembelajaran, fasilitator mengetengahkan aktiviti ‘Mathematics Tips’. Aktiviti ini membantu para peserta mengingati sifir melalui cara mudah.


Antara aktiviti lain yang turut dilaksanakan ialah ‘Shout Out Loud’ ,’Missing Word’ ,dan ’Poisonous Ball’. Secara keseluruhan, objektif perjumpaan kali ini berjaya dicapai berdasarkan pemerhatian terhadap kesungguhan serta minat yang ditunjukkan para peserta terhadap aktivi yang dilaksanakan. 

Sunday 13 May 2012

Perjumpaan Ke-7 PKM Teach Malaysia Teach

Pada 12 Mei 2012, bertempat di Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan, perjumpaan ke-tujuh Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach telah dilaksanakan.  Perjumpaan kali ini bertemakan ‘UNLEASH YOUR CONFIDENT’.  Tema ini sejajar dengan objektif PKM Teach Malaysia Teach yang turut menekankan peningkatan keyakinan diri para peserta selain meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Para peserta dikehendaki mengadakan persembahan dalam bahasa Inggeris pada perjumpaan kali ini. Tajuk serta corak persembahan telah ditentukan oleh para fasilitator mengikut sekolah.

Antara persembahan yang dipertontonkan adalah drama muzikal, sajak serta nyanyian koir. Sesi pembahagian kumpulan serta latihan dimulakan selepas selesainya sesi refreshment pada pagi itu. Para peserta dibimbing oleh fasilitator-fasilitator mereka ketika sesi latihan. Kemesraan jelas terpancar antara fasilitator dengan peserta setelah 7 kali bersua muka. Para peserta kini sudah semakin selesa untuk bertanya dan bercerita kepada fasilitator mereka. Dapat dilihat ketika sesi latihan, ada peserta yang begitu teruja menawarkan diri untuk melakonkan watak utama dalam drama muzikal mereka.  Sesi latihan tamat pada pukul 10.30 pagi untuk memberi laluan kepada peserta untuk berehat serta makan.

Tepat jam 11.00 pagi, peserta disuapkan dengan sedikit santapan hati. Sesi muhasabah diri telah dilakukan oleh para fasilitator bagi memberikan kesedaran kepada peserta mengenai sikap mereka. Selesai sesi muhasabah diri, sesi persembahan dimulakan. Turutan persembahan dipilih secara rawak oleh para fasilitator. Persembahan pada hari itu dimulakan dengan persembahan daripada peserta SK Langgar. Persembahan permulaan pagi itu begitu hangat apabila mereka menggabungkan persembahan nyanyian dan ‘tecktonik’. Selepas itu, persembahan daripada SK Seri Terentang diikuti SK Seri Biram, SJK (C) Pekan, SK Ahmad dan SK Indera Shahbandar bersama SJK (C) Yoke Hwa. Aktiviti melakukan persembahan ini sedikit sebanyak dapat membantu membina serta meningkatkan keyakinan diri peserta untuk berbahasa Inggeris di khalayak ramai. Diharapkan pengisian aktiviti pada perjumpaan kali ini dapat memberi makna serta manfaat yang berganda kepada para peserta.