Sunday, 1 April 2012

Perjumpaan Ke-4 PKM Teach Malaysia Teach

Satu lagi perjumpaan bersama peserta PKM Teach Malaysia Teach (PKMTMT) telah diadakan pada penghujung  bulan Mac iaitu 31hb Mac 2012. Perjumpaan kali ini berpaksikan modul 2 : Dare To Be You. Objektif modul ini adalah bagi membantu peserta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri seterusnya memperbaiki kelemahan diri.

Antara aktiviti selaras yang dilaksanakan di setiap sekolah ialah ‘Tell Me More’.  Menerusi aktiviti ini, pelajar diberikan beberapa kad yang mengandungi kelemahan serta kekuatan. Peserta dikehendaki membezakan kad yang mengandungi kekuatan dengan kad yang mengandungi kelemahan. Seterusnya mereka dikehendaki menceritakan kisah di sebalik kad yang mereka pilih dalam bahasa Inggeris sambil dibantu para fasilitator. Aktiviti ini secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan peserta untuk berbahasa Inggeris.  Peserta turut diberikan pendedahan oleh para fasilitator mengenai kelemahan serta kekuatan diri serta cara untuk memperbaiki kelemahan diri.

Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan ialah ‘Crossword Puzzle’,  ‘ My Idol’,  ‘ Same as Me’ dan juga ‘Explore Yourself’. Melalui modul ‘Explore Yourself’ yang dijalankan di SK Ahmad dan SK Indera Shahbandar, peserta di dedahkan dengan aktiviti-aktiviti berunsurkan pendidikan dalam permainan. Beberapa checkpoint telah disediakan. Antara aktiviti-aktiviti di checkpoint tersebut ialah mengira, mengeja dan juga refreshment.  Peserta di SJK (C) Pekan pula diberikan tontonan filem ‘Happy Feet 2’ dan diakhiri dengan ulasan para fasilitator mengenai pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam filem tersebut.  Fasilitator-fasilitator di SK Seri Biram telah memperkenalkan permainan ‘Bukit yang Cantik’ kepada para peserta. Permainan ini menguji kepekaan serta kepantasan peserta. Mereka perlu menyanyikan lagu sambil membuat gaya yang ditetapkan oleh  para fasilitator.

Seterusnya aktiviti  wajib di setiap perjumpaan yang dinanti-nantikan oleh peserta iaitu sesi refreshment.  Peserta menunjukkan peningkatan keyakinan serta semangat ketika sesi refreshment. Mereka juga sudah mula menghafal pergerakkan-pergerakkan untuk setiap refreshment.  Penggunaan Junior Engineer Kit turut dimanfaatkan untuk perjumpaan kali ini dibeberapa buah sekolah.  Perjumpaan kali ini telah berjaya menyempurnakan modul 2 : Dare to be You dan diharapkan dapat memberi input yang berguna  kepada peserta PKMTMT.


0 comments:

Post a Comment