14 April 2012 menyaksikan satu lagi perjumpaan Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach (PKMTMT) yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan. Perjumpaan minggu ini berpaksikan modul ‘Green at Heart’. Modul ini bertujuan untuk menyedarkan para peserta mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam semula jadi. Untuk modul ini, para fasilitator telah membuka sebanyak 7 buah booth pameran di sekitar lobi bangunan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan juga dalam Dewan Peperiksaan Mekanikal (DPM). Booth tersebut dikendalikan oleh para sukarelawan sendiri. Ketujuh-tujuh buah booth ini bertemakan pencemaran alam sekitar. Antara pencemaran yang diketengahkan ialah pencemaran udara, pencemaran bau, pencemaran air, pencemaran bunyi, pencemaran sungai, kejadian tanah runtuh dan pembakaran terbuka.
Seawal jam 8.15 pagi, kawasan perkarangan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dibanjiri oleh kehadiran para peserta PKMTMT seramai 142 orang. Peserta dibahagikan kepada 7 buah kumpulan yang terdiri daripada gabungan peserta-peserta daripada ketujuh-tujuh buah sekolah dan setiap kumpulan dipandu oleh seorang fasilitator. Aktiviti pagi itu dimulakan dengan sesi refreshment yang diadakan di Dewan 300 FKM. Selesai sahaja sesi refreshment, para peserta dibawa ke booth pameran mengikut kumpulan. Terdapat beberapa aktiviti menarik yang disediakan untuk menceriakan lagi suasana serta membantu para peserta memperoleh input yang bermanfaat. Selepas sesi melawat booth pameran, para peserta dan fasilitator duduk makan bersama-sama di DPM. Para peserta kelihatan tidak kekok lagi untuk menyuap rakan-rakan mereka walaupun dari sekolah yang berlainan seperti budaya yang dianjurkan kelab In-Smartive selama ini.
Akhir sekali, para peserta diberikan masa untuk melakukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). LDK ini bertujuan untuk menguji sebanyak mana input yang telah diperoleh setiap peserta. Di samping itu, aktiviti ini jugabertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para peserta. Beberapa orang peserta dipilih untuk berkongsikan pengetahuan yang mereka peroleh untuk aktiviti minggu ini dihadapan rakan-rakan lain. Sebelum pulang, satu tayangan video animasi mengenai alam sekitar telah dipertontonkan.
1 comments:
Thumbs up !
Post a Comment