Majlis Pelancaran

11 Februari 2012

Barisan Sukarelawan

Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Kem Latihan di Agro Semuji Resort

Jawatankuasa Induk

Taklimat PKKS

Monday 19 December 2011

Persediaan Kedua PKM Teach Malaysia Teach

'Battle of tounge'
Seramai 43 sukarelawan telah hadir pada perjumpaan kedua Kilauan Mutiara Teach Malaysian Teach yg bertempat di Dewan Peperiksaan Mekanikal. Suasana semakin riuh dengan ketibaan sukarelawan sekitar jam 8.40 minit malam. Celoteh pengacara majlis gandingan Diana dan Irwan memeriahkan lagi acara pada malam tersebut diiringi bacaan doa sebagai pembuka majlis. Kemudian disusuli dengan refreshment lagu Tema In-Smartive iaitu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir dan juga lagu Maju Gemilang.

Monday 12 December 2011

Persediaan Pertama PKM Teach Malaysia Teach



Bertempat di Dewan Kuliah 02 Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE),pada tarikh 11/12/2011 Perjumpaan Mingguan Pertama telah diadakan. Program bermula pada jam 8.30 pagi. Program dibuka dengan bacaan doa,  nyanyian lagu Gemilang refreshment lagu Gemuruh yang diketuai oleh Azmira dan Fazira. Pada jam 9.00 pagi, Faizal selaku ketua program mengendalikan aktiviti yang seterusnya. Aktiviti pertama ialah ‘ice-breaking’ yaang dilakukan secara personal oleh sukarelawan yang hadir. Aktiviti ini dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan antara sukarelawan. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan modul ‘mecipta permainan’ oleh sukarelawan. Masa yang diberikan setengah jam untuk mencipta permainan mengikut kreativiti sukarelawan. Para sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Selepas sesi perbincangan, setiap kumpulan membentangkan permainan ciptaan mereka kepada sukarelawan lain. Antara permainan yang diciptakan ialah ‘boom boom’, tepuk tiga, ‘happy family’, ‘abu gen’ dan ‘copy cat’. Sesudah sesi pembentangan, saudara Nizaar membuat sesi penggulungan.  Majlis bersurai pada jam 12 tengah hari.

Saturday 3 December 2011

Taklimat Dari Wakil PKKS

Satu perjumpaan khas di antara Puan Elyana Mastura selaku wakil dari Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Sosial Pulau Pinang (PKKS) serta para sukarelawan telah diadakan pada 2 Februari 2012. Bermula  jam 7.45 malam, para sukarelawan mula berkumpul di Dewan Kuliah 2 Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) Universiti Malaysia Pahang(UMP). Pada jam 8.30 malam Puan Elya Mastura tiba bersama rakannya Puan Sumati. Turut hadir bersama, Dato Haji Ibrahim Ya’akob, Encik Wan Nazrul Helmy bersama ayahandanya.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Jejak Gemilang dan Gemuruh. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Wan. Seterusnya ucapan aluan disampaikan oleh Encik Wan Nazrul Helmy dan Dato’ Haji Ibrahim Ya’akob. Saat-saat yang dinantikan tiba iaitu ucapan oleh Puan Elya Mastura. Puan Elya telah menerangkan dengan lebih lanjut tentang program Teach Malaysia Teach besertakan gambar-gambar kenangan bagi aktiviti yang telah dijalankan oleh PKKS.