Monday 12 December 2011

Persediaan Pertama PKM Teach Malaysia Teach



Bertempat di Dewan Kuliah 02 Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE),pada tarikh 11/12/2011 Perjumpaan Mingguan Pertama telah diadakan. Program bermula pada jam 8.30 pagi. Program dibuka dengan bacaan doa,  nyanyian lagu Gemilang refreshment lagu Gemuruh yang diketuai oleh Azmira dan Fazira. Pada jam 9.00 pagi, Faizal selaku ketua program mengendalikan aktiviti yang seterusnya. Aktiviti pertama ialah ‘ice-breaking’ yaang dilakukan secara personal oleh sukarelawan yang hadir. Aktiviti ini dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan antara sukarelawan. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan modul ‘mecipta permainan’ oleh sukarelawan. Masa yang diberikan setengah jam untuk mencipta permainan mengikut kreativiti sukarelawan. Para sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Selepas sesi perbincangan, setiap kumpulan membentangkan permainan ciptaan mereka kepada sukarelawan lain. Antara permainan yang diciptakan ialah ‘boom boom’, tepuk tiga, ‘happy family’, ‘abu gen’ dan ‘copy cat’. Sesudah sesi pembentangan, saudara Nizaar membuat sesi penggulungan.  Majlis bersurai pada jam 12 tengah hari.


0 comments:

Post a Comment