Satu perjumpaan khas di antara Puan Elyana Mastura selaku wakil dari Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Sosial Pulau Pinang (PKKS) serta para sukarelawan telah diadakan pada 2 Februari 2012. Bermula jam 7.45 malam, para sukarelawan mula berkumpul di Dewan Kuliah 2 Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) Universiti Malaysia Pahang(UMP). Pada jam 8.30 malam Puan Elya Mastura tiba bersama rakannya Puan Sumati. Turut hadir bersama, Dato Haji Ibrahim Ya’akob, Encik Wan Nazrul Helmy bersama ayahandanya.
Selepas itu, beliau telah memberikan penerangan bagaimana untuk melaksanakan modul-modul yang dirancang dan aktiviti yang boleh diadaptasikan semasa menjalankan modul tersebut. Pelbagai contoh dari pengalaman beliau sendiri telah dikongsikan bersama sukarelawan. Majlis ditutupi selepas sesi soal jawab antara sukarelawan dan Puan Elya. Para tetamu seterusnya disajikan dengan jamuan ringan dari pihak IN-SMARTIVE. Majlis bersurai sepenuhnya pada jam 11.15 malam.
0 comments:
Post a Comment