Monday, 19 December 2011

Persediaan Kedua PKM Teach Malaysia Teach

'Battle of tounge'
Seramai 43 sukarelawan telah hadir pada perjumpaan kedua Kilauan Mutiara Teach Malaysian Teach yg bertempat di Dewan Peperiksaan Mekanikal. Suasana semakin riuh dengan ketibaan sukarelawan sekitar jam 8.40 minit malam. Celoteh pengacara majlis gandingan Diana dan Irwan memeriahkan lagi acara pada malam tersebut diiringi bacaan doa sebagai pembuka majlis. Kemudian disusuli dengan refreshment lagu Tema In-Smartive iaitu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir dan juga lagu Maju Gemilang.

Acara diteruskan dengan pengucapan oleh abang Jamil. Beliau menerangkan jadual pergerakan aktiviti sepanjang program Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach dimana selama setahun program ini akan dilaksanakan. Acara diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan iaitu sebanyak 12 kumpulan untuk mengagihkan objektif module-module yang perlu dilaksanakan sepanjang program nanti. Setiap kumpulan terdiri dari 6 ahli sukarelawan perlu berganding bahu melahirkan idea bagaimana untuk melaksanakan module masing-masing. Jam 9.30 malam, diketuai abang Jamil, kami didedahkan dengan aktiviti pengucapan awam. 

Antara games yang dijalankan ialah "battle of tongue",berdebat dan games polar bear. Objektif aktiviti tersebut adalah untuk menghakis sikap malu dan berani untuk tampil berdiri di hadapan khalayak ramai.  Menerusi aktiviti ini, sukarelawan yang kurang bercakap dan tidak berani menonjolkan diri ke hadapan dapat dikesan. Walaubagaimana pun, aktiviti yang dijalankan berjaya menghakis sebanyak sedikit perasaaan malu dan sebahagian sukarelawan mula berani kehadapan. Mereka lebih berani mengemukakan pendapt dan idea masing-masing dalam pasukan. Kata orang "tak kenal maka tak cinta". Konklusinya, pertemuan kali ini telah merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara semua sukarelawan.  Tepat jam 11.30, majlis bersurai.

0 comments:

Post a Comment