Setelah dua minggu tidak bersua muka , maka pada 10 Mac 2012 bertempat di sekolah masing-masing para peserta PKMTMT dapat bertemu dengan para sukarelawan. Seperti yang telah dirancangankan, aktiviti-aktiviti perjumpaan kali ini adalah untuk menyempurnakan Modul 1; Filial Piety. Berpandukan modul daripada PKKS, para fasilitator telah merangka aktiviti-aktiviti yang menarik serta menyeronokkan buat para peserta. Perjumpaan kali ini disertai seramai 39 orang sukarelawan. Kekangan daripada aktiviti-aktiviti universiti membuatkan sukarelawan yang selebihnya tidak dapat hadir ke sekolah untuk perjumpaan pada kali ini.
Sudah menjadi kemestian, tidak lengkap perjumpaan TMT sekiranya tidak melakukan refreshment lagu Gemuruh dan 1 Malaysia. Para peserta kelihatan sangat teruja melakukan refreshment tersebut. Terdapat beberapa refreshment baru yang telah diperkenalkan oleh para sukarelawan di beberapa buah sekolah seperti Pingu Dance. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah dijalankan di sekolah-sekolah ialah Explorace bertemakan Filial Piety di SJK (C) Pekan dan ‘Google Family’ di SK Langgar. Beberapa sekolah telah dibekalkan dengan `Junior Engineer Kit’. Pengunaan kit ini membantu menjana pemikiran kreatif peserta untuk memasang kit tersebut sehingga litar tersebut berfungsi berpandukan gambar rajah yang disertakan di dalam workbook peserta.
Perjumpaan kali ini telah menerima kunjungan daripada wakil Pengerusi Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Daerah Pekan. Tujuan kehadiran meraka adalah bagi memantau perjalanan aktiviti TMT disamping mengedarkan borang kaji selidik yang perlu dilengkapkan oleh para peserta.
Secara keseluruhan, perjumpaan kali ini dapat mencapai objektif untuk menyempurnakan Modul 1 disamping melihat perkembangan yang memberansangkan dari para peserta.
0 comments:
Post a Comment